Selasa, 13 November 2012

SUNNAH RASULULLAH S.A.W


Rasulullah SAW Duduk Memaut Lutut

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Qailah binti Makhramah RA, katanya “Aku telah melihat Rasulullah SAW duduk di dalam masjid dengan memaut lutut. Bilamana aku melihat Baginda duduk dalam keadaan yang amat tenang sekali, aku merasakan gementar lantaran kehebatan Baginda.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila duduk, Baginda akan duduk dalam keadaan lututnya ditinggikan dan dipaut oleh kedua tangannya.”

Gaya Rasulullah SAW Berbaring Di Siang Hari
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibad bin Tamim daripada bapa saudaranya, bahawa beliau menceritakan: “Aku melihat Rasulullah SAW berbaring terletang di dalam masjid dalam keadaan sebelah kakinya di atas kakinya yang satu lagi.”

Rambut Rasulullah SAW & Bagaimana Baginda Menyikatnya
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: “Rambut Baginda SAW tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus, tetapi kelurusan rambut Baginda beserta ketak seumpama gelombang dan mencecah cuping telinga.”

Al-Imam al-Hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyikat rambutnya ke belakang (tanpa membelahnya ataupun menyikatnya ke arah kiri dan kanan) kerana orang-orang musyrik menyikat rambut mereka ke kiri dan ke kanan, sedangkan Ahli Kitab menyikat rambut mereka ke belakang tanpa membelahnya. Kebiasaan Baginda pada masa itu bilamana tiada sebarang perintah khusus diwahyukan Baginda gemar menuruti cara Ahli Kitab. Dan pada akhir kehidupannya, Baginda menyikat rambut dengan membelah dua dan disikatkan ke arah kiri dan kanan.”

Kaedah Memakai & Menanggalkan Selipar & Kasut
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang mahu memakai kasut, mulalah dengan kaki kanan dan apabila mahu menanggalkannya, lakukanlah dahulu dengan kaki kiri. Jadi, apabila memakai maka dahulukan kaki kanan dan apabila menanggalkannya maka dahulunya kaki kiri.

Selipar Rasulullah SAW
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Qatadah RA berkatanya: “Aku bertanya kepada Anas bin Malik RA: Bagaimana bentuk selipar Rasulullah SAW itu? Katanya: Ianya mempunyai dua tali.”

Serban Rasulullah SAW
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar Ra bahawa beliaau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila berserban, Baginda akan melepaskan hujung serbannya di antara dua bahu Baginda.” Nafi mengatakan bahawa In Umar RA turut melaksanakan yang demikian. Abu Ubaidullah berkata bahawa al-Qasim bin Muhammad dan Salim turut melaksanakan perkara yang sama.

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Jabir RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW memasukki Makkah ketika Hari Pembukaan Kota Makkah dan Baginda berserban hitam.”

Cincin Rasulullah SAW
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Umar RA, beliau berkata “Sesungguhnya Nabi SAW telah membuat cincin dari perak. Baginda meletakkan bahagian matanya berada pada bahagian telapak tangannya. Baginda mengukir kalimat “Muhammad Rasulullah’. Baginda melarang orang lain mengukir tulisan itu di atas cincin. Cincin itu telah jatuh di telaga ‘Aress.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW emakai cincin disebelah kanan tangannya.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata “Cincin Rasulullah SAW adalah diperbuat daripada perak dan batunya juga daripada perak.”

Gaya Rasulullah SAW Duduk Bersandar
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Jabir bin Abu Samarah RA bahawa beliau menceritakan: “Aku melihat Rasulullah SAW duduk sambil bersandar ke atas bantal yang terletak disebelah kirinya.”

Larangan Makan Sambil Bersandar

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Juhlah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Daku tidak makan sambil bersandar kepada sesuatu.”

Cara Rasulullah SAW Makan
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Kaeb bin Malik RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat jarinya yang tiga (Baginda menggunakan tiga jari).” Katanya lagi: “Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat jarinya sebanyak tiga kali.”

Juadah Kegemaran Rasulullah SAW
a. Manisan dan Madu
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa beliau menceritakan: “Nabi SAW sangat menyukai manisan dan madu.”

b. Minyak Zaitun
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah (rambut) dengannya. Sesungguhnya ianya berasal daripada pohon yang diberkati.”

c. Cuka
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cuka adalah sebaik-baik hidangan (lauk).”

Disebutkan di dalam hadis lain bahawa rumah yang mempunyai cuka di dalamnya sudah mencukupi daripada makanan atau lauk lain. Dikatakan juga, Rasulullah SAW pernah memohon keberkatan bagi cuka. Dikatakan lagi, bahawa cuka merupakan lauk bagi nabi-nabi terdahulu. Wallahualam.
 
Rasulullah SAW Tidak Pernah Makan Kenyang
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Masruq RA, katanya: “Aku telah menemui Aishah RA, lalu beliau menghidangkan sesuatu kepadaku dan berkata: Aku tidak pernah makan kenyang, bilamana aku terasa hendak makan, mulalah aku menangis. Masruq bertanya: Mengapa? Jawabnya: Aku teringat perihal Rasulullah SAW yang telah meninggalkan dunia ini, demi Allah! Rasulullah SAW tidak pernah kenyang dengan daging atau roti dua kali dalam sehari.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW sering bermalam berhari-hari sedangkan Baginda dan keluarganya tidak mempunyai sebarang makanan yang dapat dijamah di malam dan roti yang sering dimakan Rasulullah SAW adalah yang diperbuat daripada gandum.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa beliau menceritakan: “Keluarga Muhammad SAW tidak pernah kenyang dua hari berturut-turut dengan roti yang diperbuat daripada gandum. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah Rasulullah SAW wafat.”


Gaya Berjalan Rasulullah SAW
Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau menceritakan: “Daku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah SAW. Cahaya dan seri wajah Baginda seolah-olah matahari itu sendiri memancar dari wajahnya. Aku juga tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih laju berjalannya (kerana kesempurnaan tubuh badan Baginda) seolah-olah bumi telah dilipatkan untuknya. Jika suatu ketika Baginda di sini, sekejap lagi kelihatan Baginda di sana. Walaupun dalam beberapa ketika Baginfa berjalan secara biasa, kami yang berjalan bersamanya tetap merasakan perlu untuk melangkah dengan susah payah.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ali RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila berjalan, Baginda berjalan dengan mantap, kemas dan bertenaga.”

Diet Rasulullah S.A.W
JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN
  • Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barangsiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... . Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). 

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)